Page 4 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK KULAI KE-45
P. 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                 Alhamdulillah, sekali lagi kita diberikan ruang dan kesempatan untuk
          menunaikan tanggungjawab yang sangat penting dalam satu persatuan yang
          melibatkan peranan guru-guru dan ibubapa di SK Kulai iaitu menjalankan
          Mesyuarat Agong PIBG bagi tahun 2021.


                 Hari ini kita sama-sama melalui satu pengalaman baru dengan
          melaksanakan Mesyuarat Agung secara atas talian. Kita semua faham bahawa
          bukanlah sesuatu yang mudah untuk berbincang dan bermesyuarat dengan
          kaedah yang sebegini. Tetapi demi memastikan kelangsungan fungsi dan peranan
          PIBG secara konsisten maka sewajarnyalah kita sama-sama ambil kesempatan ini
          untuk menyesuaikan diri dan bertindak mengikut SOP yang dibenarkan. Mudah-
          mudahan dengan niat yang ikhlas hasrat utama PIBG untuk terus membantu pihak
          sekolah akan terus berjaya dari masa ke semasa.

                 Semua warga guru, para pelajar dan ibubapa telah pun bersama melalui
          fasa sukar bagi menjayakan sistem penyampaian pendidikan dalam era Pandemik
          Covid-19. Semua pihak telah berkorban melalui peranan masing-masing.

                 Setinggi tahniah kepada para guru yang diketuai oleh guru besar yang
          tanpa rasa lelah telah berusaha mendidik anak-anak murid SK Kulai secara atas
          talian. Tidak terhenti setakat itu sahaja, malah murid-murid yang tidak mempunyai
          akses atas talian telah pun dibekalkan modul bercetak hanya dengan satu tujuan
          iaitu supaya tidak ada seorang pun pelajar kita yang akan keciciran.

                 Saya menyeru dan merayu kepada semua ibubapa agar sentiasa
          menyokong dan membantu guru-guru dalam memudahkan proses pendidikan ini
          berjalan dan akhirnya mencipta kecemerlangan untuk anak-anak kita.
          Bersamalah kita berdoa agar wabak yang mengganas ini segera hilang agar
          pembelajaran dapat dijalankan semula seperti biasa.
          Bersamalah kita bersatu hati membantu pihak sekolah dalam mencapai visi dan
          misi untuk memastikan pencapaian anak-anak kita adalah yang terbaik.

                 Akhir kata, tahniah dan terima kasih buat semua guru-guru. Sememangnya
          anda semua adalah insan hebat. Terima kasih juga kepada semua AJK PIBG yang
          terus membantu dan menyumbang tenaga, fikiran dan sebagainya kepada pihak
          sekolah.

          Saya yang menjalankan amanah,






          ( MOHD ZAMRI B. SAPUAN )
          Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
          Sekolah Kebangsaan Kulai,
                                                      4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9