Page 3 - CNY
P. 3
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah
tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1
ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika
Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat"
yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan
matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang
(menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut
Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan
menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM, sama ada Tahun
Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu
tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal
sampai masa ini

