Page 7 - CNY
P. 7
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti
daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka
yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru
Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

