Page 59 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 59
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19
Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program
Transformasi Sekolah antara lain ialah;
51 | P a g e

