Page 6 - EBOOK IHTIFAL SRIH 2016
P. 6

KATA-KATA ALUAN
                                       PERASMI IHTIFAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja
Ihtifal SRIH ke 27 ini yang bertungkus-lumus memastikan majlis yang gilang gemilang ini
dapat dijalankan, khusus untuk meraikan kejayaan dan pencapaian cemerlang anak-anak di
sekolah ini dalam pelbagai bidang.
Saya percaya majlis penghargaan ini adalah lambang kesyukuran yang mencerminkan
kejayaan, usaha gigih , interaksi dan toleransi antara murid, guru dan ibu bapa. Kesepaduan
ini juga memungkinkan Sekolah Rendah Islam Hidayah terus menjadi pilihan hati ibu bapa
demi memastikan anak-anak mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan
kepimpinan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga pasti menepati Falsafah
Pendidikan Islam yang mengutamakan tarbiah islamiah dalam membentuk generasi rabbani.
Sesuai dengan misi dan visi sekolah, saya menyeru kepada guru dan ibu bapa mempersiap
diri agar lebih dinamik dan proaktif kepada cabaran pendidikan semasa. Para pelajar pula
perlu merebut peluang kerana kejayaan tidak akan dicapai dengan pengharapan dan
penantian semata-mata tetapi memerlukan pengorbanan, kesungguhan dan bermujahadah
dalam semua perkara.
Saya yakin dengan kerjasama erat dan sokongan semua pihak, Sekolah Rendah Islam
Hidayah (SRIH) akan terus bergerak sesuai dengan kemajuan pesat dunia dan seterusnya
mampu menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan negara yang aman dan
sejahtera.
Akhirkata, saya yakin semua warga sekolah akan dapat meneruskan usaha membawa
sekolah ke mercu kegemilangan.
Sekian, Selamat maju jaya dan semoga lebih berjaya.

                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11