Page 7 - EBOOK IHTIFAL SRIH 2016
P. 7

KATA-KATA ALUAN

                      PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad saw. Setinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan inayahNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam buku cenderamata
Ihtifal Sekolah Rendah Islam Hidayah kali ke-27.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan khusus kepada anak-anak yang berjaya mendapat
anugerah kecemerlangan dan penghargaan sempena majlis ini. Sekalung tahniah juga
diucapkan kepada para ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga menunaikan
tanggungjawab memberikan asas Pendidikan Islam kepada anak- anak . Ucapan syabas
untuk para guru yang tidak pernah jemu dalam melengkapkan anak- anak dengan ilmu
dan sahsiah Islam. Kepada anak- anak yang belum berpeluang memperolehi sebarang
anugerah, tingkatkan usaha untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Tema "Sahsiah Cemerlang Ummah Gemilang" amat bertepatan sekali dcngan misi sekolah
untuk melahirkan individu yang mempunyai kcseimbangan dalam mencapai
kecemerlangan .Murid dididik untuk sentiasa terpelihara akhlak Islam mereka dan
menjadikan mereka sebuah generasi yang gemilang pada masa depan.
Pihak Lembaga Pemegang Amanah sentiasa cakna terhadap pembangunan akademik dan
memandang serius aspek pembangunan aqidah, sahsiah dan pemikiran murid.
Sehubungan dengan itu kerjasama dan penggembelingan tenaga antara jbu bapa dan
tenaga pengajar serta pihak pengurusan amat penting untuk mencapai kecemerlangan
sekolah. Teruskan kesatuan hati dan kesepaduan tindakan ini agar sekolah kita mampu
menjadi institusi yang lebih mantap dan gemilang secara global. Semoga Allah memberkati
dan merahmati segala usaha kita untuk mencapai visi dan misi pendidikan Islam yang kita
cintai ini.

         Sekian.Jazakumullahu khairan kathira.

                  DR HJ N00R AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
                  PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
                  PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH

                                        6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12