Page 67 - DSKP PJPK TAHUN 2
P. 67

KSSR KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2



                                                                                    STANDARD PRESTASI


                       TAHAP
                   PENGUASAAN                                                             TAFSIRAN


                                       Boleh  melakukan  aktiviti  melompat  berulang-ulang  kali  yang  boleh  meningkatkan  suhu  badan  dan  otot,  kadar
                          1
                                        pernafasan dan kadar nadi dengan bimbingan guru.


                                       Boleh melakukan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan dan kadar nadi dengan
                                        bimbingan guru.
                          2            Boleh menyatakan perkaitan antara aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan suhu badan, kadar pernafasan
                                        dan kadar nadi.
                                       Boleh menyatakan makanan yang memberi tenaga dan membantu pertumbuhan.


                                       Boleh melakukan aktiviti menyejukkan badan.
                          3            Boleh menyatakan perkaitan antara aktiviti menyejukkan badan dengan penurunan suhu badan, kadar pernafasan
                                        dan kadar nadi.


                                       Boleh melakukan pelbagai aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan dengan lakuan yang betul.
                          4
                                       Boleh menerangkan kepentingan keperluan air sebelum melakukan aktiviti fizikal.

                                       Boleh mengetuai aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.
                          5            Boleh menerangkan kepentingan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
                                       Boleh membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

                                       Boleh  mempraktikkan  kemahiran  memanaskan  badan  sebelum  melakukan  aktiviti  fizikal  dan  menyejukkan  badan
                                        selepas melakukan aktiviti fizikal.
                          6
                                       Boleh mempraktikkan pengambilan air minuman sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
                                       Boleh mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.





                                                                                      68
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72