Page 72 - DSKP PJPK TAHUN 2
P. 72

KSSR KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2



                                                                                    STANDARD PRESTASI


                       TAHAP
                   PENGUASAAN                                                             TAFSIRAN

                                       Boleh melakukan aktiviti regangan statik.
                          1            Boleh menyatakan bentuk badan.
                                       Boleh mencatat tinggi dan berat badan.
                                       Boleh melakukan aktiviti untuk meningkatkan kapasiti aerobik dalam jangka masa yang ditetapkan.
                                       Boleh  mengesan  dan  mencatatkan  kadar  degupan  jantung  sebelum  melakukan  aktiviti  dan  selepas  melakukan
                          2             aktiviti.
                                       Boleh melakukan aktiviti lentik belakang ubah suai.
                                       Boleh menyatakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan berlebihan berat badan.
                                       Boleh melakukan aktiviti regangan dinamik pada otot utama.
                                       Boleh menyatakan otot utama pada bahagian badan kesan daripada aktiviti regangan.
                          3
                                       Boleh melakukan aktiviti ringkuk tubi separa, tekan tubi ubah suai dan jengkit kaki setempat.
                                       Boleh menyatakan kepentingan melakukan senaman daya tahan dan kekuatan otot.

                                       Boleh melakukan senaman regangan statik dan dinamik serta senaman daya tahan otot dengan lakuan yang betul.
                                       Boleh melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik secara berterusan dalam satu jangka masa.
                          4            Boleh melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang dengan menggunakan tangan dalam jangka masa 15 ke
                                        30 saat.
                                       Boleh menyatakan otot utama pada badan yang terlibat semasa melakukan senaman daya tahan otot.

                                       Boleh melakukan senaman meningkatkan kecergasan fizikal secara berkumpulan dengan bimbingan guru.
                                       Boleh  membandingkan  kesan  melakukan  senaman  meningkatkan  kapasiti  aerobik  dengan  peningkatan  kadar
                          5             pernafasan.
                                       Boleh membandingkan berat dan tinggi sendiri dengan carta pertumbuhan normal dengan bimbingan guru.
                                       Boleh membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

                                       Boleh bermain permainan yang melibatkan senaman kecergasan sebagai aktiviti meningkatkan kecergasan fizikal.
                          6
                                       Boleh mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.


                                                                                      73
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77