Page 58 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 58

doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat
               Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah

               senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.


               BAB 8

                  Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan

               kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
               Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian

               keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia

               berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
               kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada

               derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
               memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan

               anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
               kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu

               agar dipelihara oleh orang lain.


                  Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
               ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan

               menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron            menawarkan diri untuk
               menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan

               kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu

               membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
               pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi

               dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
               hospital lain untuk mendapatkan rawatan        dan meminta penceroboh itu ke hospital

               tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya
               penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang

               gagal dalam peperiksaan akhir semester.


               BAB 9

                  Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia

               ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di

               dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
               Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada

                                                                                                       53
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63