Page 63 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 63
5.4 Sinopsis Keseluruhan Novel Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
5.5 Sinopsis Setiap Bab Novel Songket Berbenang Emas
BAB 1
Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah.
Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan STPM tidak
lama lagi. Azhari datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan
hasratnya untuk merisik Dahlia.
BAB 2
Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan
Anggerik. Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum
pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan
dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri. Dahlia menjumpai ibunya
di kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah bapanya
datang memujuk.
BAB 3
Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa
58

