Page 68 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 68
Dahlia enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin mendedahkan
bahawa orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri.
Pada yang sama juga Azhari singgah di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana
tetamu Dahlia ialah seorang lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan Dahlia
bertanyakan Azhari tentang status hubungannya dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa
Dahlia ialah bakal isterinya dan selepas itu terus beredar dari situ.
BAB 20
Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa
hari. Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin
dijual oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah
datang ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati
Embong naik berang. Embong menasihatkan Dahlia supaya menyambung pelajaran semula
dan menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk diselesaikan.
BAB 21
Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul.
Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung tidak
kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia
atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk menyiapkan kenduri
menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton datang dan tanpa
perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut
mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah
beredar dari situ.
Kepulangan Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan
kepada Embong. Embong berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak mempedulikan
keluarga beria-ia memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di balai raya. Abu Bakar
berasa bersalah kerana selama ini dia telah mengabaikan keluarganya.
BAB 22
Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba
memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan
akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan rasa
63

