Page 154 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 154
MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
9. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja kokurikulum
dengan penyelaras-penyelaras Unit Kokurikulum.
10. Menerima laporan kedudukan stok kokurikulum.
11. Menerima laporan kegiatan Unit Kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-
penyelaras.
12. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam kokurikulum.
SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
1. Melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa Sukan Sekolah.
2. Menyelaras semua permainan dan olahraga di sekolah serta antara sekolah dengan PPD dan
JPN.
3. Berhubung dengan Pengerusi (Pengetua) dan Timbalan Pengerusi (PKKO) untuk memanggil
mesyuarat Ahli Jawatankuasa Sukan Sekolah, guru-guru rumah sukan dan permainan sekolah.
4. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga sepanjang tahun.
6. Menyelaras semua acara untuk Kejohanan Olahraga Tahunan sebelum dan sehingga hari
kejohanan.
7. Mengurus tempat-tempat pertandingan (gelanggang , padang dan lain-lain) adalah dalam
keadaan yang menurut peraturan sebelum pertandingan.
8. Menyelaras dan menyemak urusan permintaan wang untuk membeli pakaian dan peralatan
bagi segala jenis kegiatan permainan dan olahraga.
9. Bertanggungjawab menyimpan segala peralatan sukan, membaiki dan membaharui mana-
mana yang perlu dan menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan
kemas kini.
10. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis pertandingan yang disertai oleh sekolah.
11. Menentukan penetapan pelajar baru mengikut rumah sukan/ pasukan.
12. Membantu PKKO menetapkan Ketua Rumah Sukan, guru rumah sukan dan permainan.
13. Mengadakan kursus kemahiran/ kejurulatihan dalam sesuatu permainan dan olahraga.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.
SENARAI TUGAS PENYELARAS PERSATUAN BADAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN DAN
SUKAN / PERMAINAN
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan, kelab dan badan beruniform.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menentukan dan menyelaraskan semua aktiviti, surat menyurat dan memfailkan minit
mesyuarat dengan baik.
4. Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkod dan difailkan.
5. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
155 | S A M T K U A L A K U B U B H A R U
#samtkkbbumitoyyibah

