Page 155 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 155

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR



             6.    Mengurus  Buku  atau  Kad  Kokurikulum  pelajar  dengan  mengagihkan  kepada  guru  untuk
                   dilengkapKan dan dikembalikan semula pada masa yang telah ditetapkan.
             7.    Menyediakan  semua  borang  atau  buku  laporan  yang  diperlukan  untuk  membuat  laporan
                   sepanjang tahun.
             8.    Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
             9.    Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
             10.  Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

             SENARAI TUGAS GURU PERSATUAN BADAN BERUNIFORM DAN KELAB/PERSATUAN

             1.    Membentuk jawatankuasa persatuan, kelab dan badan beruniform.
             2.    Memastikan aktiviti persatuan, kelab dan badan beruniform selaras dengan objektif sekolah.
             3.    Memastikan terdapat peraturan atau perlembagaan.
             4.    Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam perlembagaan.
             5.    Merangcang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras
                   untuk simpanan dan rekod.
             6.    Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
             7.    Merancang  strategi    untuk  menaikkan  imej  dan  prestasi  persatuan,  kelab  dan  badan
                   beruniform.
             8.    Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
             9.    Mengurus kewangan, aset atau peralatan persatuan, kelab dan badan beruniform.
             10.  Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
             11.  Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum perkembangan semasa persatuan, kelab
                   dan badan beruniform.
             12.  Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti  seperti Hari Kokurikulum,
                   Kejohanan Olahraga Tahunan, Hari Guru dan lain-lain lagi.
             13.  Mengurus surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
             14.  Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
             15.  Memastikan tiada unsur subversif tersebar atau disebarkan kepada ahli.
             16.  Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan daripada Jawatankuasa
                   Kokurikulum.
             17.  Memastikan pelajar-pelajar tidak menyalahgunakan persatuan, kelab dan badan beruniform
                   untuk tugasan lain selain daripada yang digariskan dalam peraturan sekolah.


             SENARAI TUGAS GURU SUKAN/PERMAINAN

             1.    Melatih/meningkatkan kemahiran pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengatur
                   beberapa pertandingan persahabatan.
             2.    Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan MSSS.
             3.    Mendapatkan pengadil dalam pertandingan persahabatan.
             4.    Mengadakan  perlawanan  antara  rumah  sukan  dan  menyampaikan  keputusan  kepada
                   Setiausaha Sukan.


                                                                 156 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160