Page 4 - MESYUARAT PIBG 2019 SKDOJ
P. 4

SEKAPUR SIREH YDP PIBG

                                  MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22, TAHUN 2019

        Assalammulaikum dan Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia
        dan Salam SKDOJ Gemilang.

               Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-
        Nya, dapatlah saya bertemu dengan semua ibubapa, ahli
        jawatan kuasa, dan seluruh warga Sekolah Dato’ Onn Jaffar.

               Pada kesempatan ini, saya selaku Yang Dipertua PIBG
        ingin merakamkan ucapan                       tahniah kepada semua guru,
        warga sekolah, warga PIBG, dan anggota kumpulan
        pelaksana yang berusaha gigih menyumbang tenaga dan
        usaha menentukan kejayaan Sekolah Kebangsaan Dato’
        Onn Jaafar dalam UPSR                       dan pelbagai               pertandingan.
        Sememangnya kerjasama sebegitu amatlah dialu-alukan
        dan kami semua telah merealisasikan impian semua.


               Selaku Yang Dipertua PIBG seperti mana yang telah
        diamanahkan, saya dan ahli jawatankuasa PIBG yang lain
        sememangnya                telah       berusaha           untuk        melaksanakan
        pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang untuk
        menjadikan sekolah Dato Onn Jaffar ini sebagai sekolah
        yang terbaik, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik
        malah dari segi kokurikulum dan lain-lain lagi.

               Bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan
        menjadi            penyumbang                  kepada             kejayaan             dan
        kecemerlangan sesebuah sekolah. Saya amat berharap
        dengan adanya lebih banyak program dan aktiviti yang
        akan dianjurkan dapat meningkatkan kecemerlangan para
        pelajar SKDOJ dan dapat diteruskan dari tahun ke tahun
        agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan diperkasa.

               Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada
        semua guru dan kakitangan bukan guru, PIBG, pekerja,
        anak-anak dan semua pihak yang terlibat secara langsung
        dan tidak langsung dalam merealisasikan Majlis Mesyuarat
        Agung PIBG KE-22 ini. Jadikanlah setiap apa yang kita
        lakukan sebagai amal ibadat, semoga majlis ini dapat
        berjalan dengan lancar dan jayanya. Amin.

        Sekian, terima kasih.

        ANIDAH BINTI BASRI
        YANG DIPERTUA PIBG
        SK DATO ONN JAAFAR
                                                      4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9