Page 5 - MESYUARAT PIBG 2019 SKDOJ
P. 5

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR


                                    MESYUARAT AGUNG PIBG kali KE 22, TAHUN 2019

        KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

        SK DATO’ ONN JAAFAR

        Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

        Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT , dengan izinNya kita
        dapat bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
        Ibu Bapa dan Guru bagi kali ke 22 sesi 2018/ 2019. Tahniah
        dan syabas kerana                  dapat         menunaikan tanggungjawab
        besar sebagai ahli PIBG.


               Ucapan           ribuan terima kasih kepada ibubapa yang
        hadir. Dalam kesempatan yang ada pada hari ini,diharap
        ibubapa          dapat            menjana          idea       yang        bernas        demi
        merealisasikan visi dan misi sekolah kita. Moga dengan
        gabungan idea                bersama dapat menjadikan sekolah kita
        sekolah yang terbilang                  yang akan melahirkan                   anak-anak
        yang        berjaya          dalam bidang Akademik                         Sahsiah dan
        Kokurikulum sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan
        Negara. Tambahan lagi                       tanggungjawab sekolah untuk
        melahirkan murid-murid yang mampu menangani masa
        depan dan menyediakan “global player” bertaraf dunia. Jadi
        besarlah harapan sekolah agar pihak sekolah bersama-sama
        dengan ibu bapa di sokong pula oleh komuniti yang kuat
        dalam memacu kecemerlangan sekolah.

               Perkembangan Pendidikan                         kini yang begitu pantas,
        memerlukan satu kekuatan yang mantap dari ibubapa bagi
        memastikan kemenjadian anak-anak dan sekolah berkualiti
        tercapai,         selaras dengan hasil akhir Pelan Pembangunan
        Pendidikan Malaysia yang dirancang. Penglibatan ibubapa
        bersama sekolah amat penting                          bagi menyediakan                  kelas
        kondusif abad 21, kemahiran berfikir aras tinggi anak-anak di
        samping penghayatan nilai-nilai murni.

               Terima kasih pada semua ibubapa khususnya pada YDP
        PIBG dan ahli Jawatankuasanya yang banyak memberi
        sokongan kepada program sekolah dan mencari dana untuk
        pembangunan fizikal sekolah.

        Selamat Bermesyuarat.


        ‘Semangat Kerja Dedikasi Organisasi Juara’
                                                      5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10