Page 27 - FULL REPORT FYP
P. 27
2.3 PRODUK REMPAH RATUS
Rempah ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis
bahan sayuran yang digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan.
Definisi ini telah diambil dari kamus Webster’s New Twentieth Century.
Lazimnya rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan
supaya boleh disimpan lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai
aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan agar rasa
sedap apabila dimakan. Zainura66. (2010, Julai 30). Pengenalan Rempah Ratus.
https://rempahratuswannura.wordpress.com/2010/07/30/pengenalan-rempah-
ratus/
Rempah ratus ini bukan saja digunakan didalam masakan malah untuk ubatan
dan juga haruman. Mempunyai rupa haruman dan bentuk yang berbeza beza.
Rempah ratus mempunyai bermacam-macam. Rempah ratus dalam masakan
Melayu ini dibahagi kepada dua iaitu rempah basah dan rempah
kering. Rempah basah termasuk bawang, halia, bawang putih dan
cili. Rempah kering termasuk biji ketumbar, jintan putih, buah pelaga, kayu
manis, cengkih, bunga lawang dan lain-lain. Orang Melayu juga banyak
menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun saderi, daun pandan, daun
limau purut, daun kemangi, kunyit, lengkuas dan buah pala. Rempah basah
dapat di gunakan dalam masakan setelah ditumbuk dengan batu lesung.
Rempah kering juga dapat digunakan dalam masakan dengan cara digoreng
tanpa minyak terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar.
Manakala, bahan-bahan herba dapat digunakan dalam masakan dengan cara
direbus dan ditaburkan ke dalam masakan atau pun dimakan sebagai sayuran.
10

