Page 25 - FULL REPORT FYP
P. 25
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Kajian ini dibuat untuk tujuan pembangunan laman sesawang produk Rempah
Ratus bagi projek akhir semester 5. Maklumat yang diperolehi daripada jurnal,
buku, dokumen, dan buku-buku rujukan lepas untuk sesuatu penyelidikan baru
hendaklah dikumpulkan dan dibuat kajian terlebih dahulu. E-dagang atau
Bahasa inggerisnya Electric Commerce adalah sistem perniagaan atas talian di
era ini tidak asing lagi penggunaannya. Dengan menggunakan kemudahan
teknologi serba canggih pada masa ini, ianya dapat melindungi dan memuaskan
pengguna yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak ketiga. Contohnya,
bank. Secara ringkasnya, e-dagang merupakan satu sistem laman web yang
membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama
pelanggannya. Di samping itu, terdapat lima jenis kategori e-dagang yang ada
bagi menjalankan sesebuah perniagaan iaitu Perniagaan kepada Pengguna
(B2C), Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), Pernigaan kepada Kerajaan
(B2G), Pengguna kepada Pengguna (C2C) dan Transaksi kepada Kerajaan.
Ciri-ciri ini penting untuk menjual produk dan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan kerana mengikut perubahan ekonomi semasa dan kemajuan
era globalisasi pada tahun akan dating. Ianya dapat dilihat dengan jelas pada
hari ini bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia menghabiskan masa dengan
kemudahan internet untuk membuat pembelian atau tempahan atas talian.
Semuanya hanya pada hujung jari sahaja.
8

