Page 9 - FULL REPORT FYP
P. 9

ABSTRAK








                        Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, permintaan untuk menguruskan
                        perniagaan atau perdagangan secara elektronik menerusi internet atau lebih dikenali

                        sebagai e-dagang telah meningkat. Secara meluasnya e-dagang boleh dedifinisikan
                        sebagai metodologi moden yang memenuhi keperluan organisasi, perdagangan dan

                        pelanggan  untuk  mengurangkan  kos,  memperbaiki  mutu  perkhidmatan  dan

                        mempertingkatkan kadar penghantaran maklumat serta perkhidmatan. Kebanyakan
                        perniagaan rempah ratus kecil-kecilan  ini tidak  mempunyai  laman web syarikat

                        tersendiri  serta  syarikat  ini  masih  tidak  meluas  dikalangan  masyarakat  umum.

                        Selain  itu,  syarikat  ini  juga  tidak  mempunyai  e-katalog  produk  untuk
                        mempromosikan  produk  mereka  secara  promosi  pada  musim  perayaan  kepada

                        pelanggan dan syarikat ini tidak menyediakan kemudahan pembayaran secara atas
                        talian bagi pengguna  yang  melakukan urusniaga dengan syarikat. Pembangunan

                        laman  e-dagang  ini  dilakukan  supaya  dapat  mempromosikan  perniagaan  runcit
                        kecil-kecilan kepada orang ramai secara atas talian serta memperkenalkan barangan

                        yang ditawarkan oleh syarikat ini dengan adanya e-katalog produk. Ia juga dapat

                        memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran secara atas talian dengan
                        adanya perkhidmatan perbankan secara atas talian dalam laman e-dagang syarikat.

                        Kitaran  Hayat  Pembangunan  Sistem    (KHPS)  yang  telah  digunakan  dalam
                        membangunkan    laman  e-dagang  perniagaan  Rempah  Ratus  Mak  Siti.  Dengan

                        pembinaan laman e-dagang ini perniagaan pihak syarikat dapat diuruskan dengan
                        lebih  mudah  dan  cepat. Seterusnya  pelanggan  boleh  membuat  pilihan  barangan

                        yang ditawarkan oleh pihak syarikat melalui e-katalog dan mengikut kemampuan

                        mengikut citarasa serta pelanggan juga boleh membuat bayaran secara atas talian.








                                                              viii
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14