Page 20 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 20
Mesyuarat
AGUNG PIBG
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Encik Hairuddin bin Ahmad
5.1.1 Menyatakan isu berkaitan meja dan kerusi kantin yang tidak mencukupi.
Encik Shah menyatakan bahawa meja dan kerusi kantin adalah mencukupi
memandangkan waktu rehat sudah pun diatur kepada 3 sesi dan kantin
juga tidak dapat menampung kapasiti meja dan kerusi berlebihan kerana
saiznya yang tidak mengizinkan.
Namun begitu, pihak sekolah akan sedaya upaya dengan kewangan yang
ada, mempertimbangkan untuk membesarkan kantin jika mempunyai
peruntukan lebih setelah perkara-perkara lain yang lebih utama telah
diselesaikan.
5.1.2 Beliau juga mencadangkan agar waktu operasi koperasi sekolah ditambah
selepas waktu persekolahan.
Encik Mohd Shah juga menjelaskan waktu operasi koperasi adalah
sebenarnya ada selepas waktu persekolahan.
5.1.3 Seterusnya, beliau mencadangkan agar baju sukan sekolah untuk pelajar
perempuan dilabuhkan atau mengikut gaya t-shirrt muslimah.
Encik Mohd Shah meminta pihak koperasi mengambil maklum berkaitan
cadangan t-shirt gaya muslimah.
5.2 Puan Rahimah binti Ibrahim
Mencadangkan agar sesi latihan kokurikulum dijalankan pada sebelah pagi dan
mendapat sokongan sebulat suara ahli mesyuarat.
19

