Page 21 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 21

Mesyuarat
                                                                                         AGUNG PIBG








              5.3   Puan Norhafizah
                    Menyatakan pakej tingkatan 4 perlu mengambil 8 ataupun 9 mata pelajaran.

                    Pihak sekolah memohon ibu bapa menyokong murid mengambil hanya 7 mata
                    pelajaran sahaja bagi kelas terakhir.

                    Cadangan mendapat sokongan sebulat suara ahli mesyuarat.




               5.4   Zuraidah binti Ayob

                    Menyatakan buku latihan murid mempunyai kulit yang cantik berwarna biru,
                    namun helaian di bahagian dalam adalah nipis dan tidak berkualiti. Beliau
                    mencadangkan agar buku latihan      murid biarlah tidak cantik di kulit namun
                    ditingkatkan kualitinya di bahagian dalam. Iaitu memindahkan kos di kulit kepada
                    kualiti bahagian helaian dalam.

                    Encik Mohd Shah menyatakan bahawa jika kualiti ditingkatkan akan melibatkan
                    peningkatan kos. Namun begitu, beliau menyerahkan hal ini kepada pihak
                    koperasi untuk membuuat perkiraan dan tindakan.





               5.5 En Mohd Shah

                    Mencadangkan agar yuran PPP dan sumbangan PIBG dan inovasi diteruskan.
                    Cadangan mendapat sokongan sebulat suara.



                5.6 Fairuz bin Shamsudin

                    Meminta agar pihak sekolah mengeluarkan memo larangan lori dan kenderaan
                    berat melalui kawasan hadapan sekolah pada waktu puncak persekolahan.

                    Encik Mohd Shah menyatakan bahawa perkara ini telah diambil tindakan dengan
                    melakukan permohonan kepada pihak majlis perbandaran. Namun belum ada
                    sebarang maklum balas. Beliau berjanji akan membuat tindakan susulan berkaitan
                    hal ini.















                                                      20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26