Page 26 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 26
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Laporan Setiausaha
LAPORAN SETIAUSAHA PIBG SMKBBSS SESI 2020/2021
Sepanjang sesi 2020/2021, Jawatankuasa PIBG SMK Bandar Baru Sultan
Suleiman telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali iaitu pada 24.7.2020, 20.2.2021,
4.9.2021 dan 15.10.2021. Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua AJK PIBG, Biro
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), guru-guru, ibu bapa serta pihak terlibat yang
menyumbangkan tenaga, sumber kewangan dan kerjasama untuk pembangunan
sekolah, kecemerlangan murid-murid serta pembangunan fizikal sekolah.
LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2020
1. Mesyuarat AJK Kali 1
2. Mesyuarat AJK Kali 2
3. Mesyuarat AJK Kali 3
4. Mesyuarat AJK Kali 4
5. Majlis Pendaftaran Tingkatan 1
6. Kejohanan Merentas Desa
7. Hari Anugerah Kecemerlangan 2019 dan 2020
8. Majlis Graduasi dan Penyerahan Slip SPM 2019
9. Lawatan ke Kelas PPKI
10. Program Jom ke Sekolah
11. Program Sentuhan Prihatin Siri 1 Mendepani SPM Norma Baru
12. Tinjauan ke Kelas Tambahan Murid SPM
13. Program Amalan Guru Penyayang – Mengalukan Kehadiran Murid
14. Pelancaran Program SUKSeS
15. Program Ziarah Cakna
Terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh PIBG dalam
menjaga kebajikan murid-murid dan pembangunan sekolah. “Sepakat Membawa
Berkat”. Sebagai wakil barisan AJK PIBG, saya memohon ampun dan maaf atas segala
kekhilafan yang tentunya tidak disengajakan sepanjang tempoh perkhidmatan kami.
Semoga PIBG SMKBBSS mendapat sokongan dan kerjasama terbaik daripada semua ibu
bapa dan penjaga murid di sekolah ini demi memastikan PIBG SMKBBSS terus cemerlang.
Laporan disediakan oleh,
(NORAZRIN BINTI HAWARI)
Setiausaha Kehormat,
PIBG SMK Bandar Baru Sultan Suleiman.
25

