Page 31 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 31
Langkah 2:
Menganalisis tautan perulangan sama maksud dalam perenggan
isi.
1. Guru membimbing murid memahami dan menganalisis soalan
karangan di bawah.
Domain Awam
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah
menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office supaya
semua pihak bertanggungjawab memperhebat usaha
berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan monumen
bersejarah di negeri itu. Baginda bimbang sekiranya
bangunan bersejarah tidak dipulihara segera serta
terbiar berkemungkinan monumen itu akan runtuh
atau rosak, sedangkan binaan berkenaan penting
untuk dikekalkan sebagai bukti kukuh kepada sesuatu
peristiwa yang pernah berlaku, boleh memacu industri
pelancongan dan menyuntik semangat patriotisme.
Sumber: Sinar Harian, 20 Februari 2021.
Petikan akhbar di atas menunjukkan langkah proaktif perlu
diambil untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah.
Huraikan kepentingan memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.
31

