Page 34 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 34
2. Guru membimbing murid memahami unsur tautan
perulangan sama maksud dalam perenggan isi.
(1) Kepentingan utama memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah adalah sebagai menjamin sumber
maklumat sejarah. (2) Hal ini dikatakan demikian kerana, di sebalik
monumen yang dibina pada era penjajah itu, tersimpan
pengetahuan dari segi latar belakang peristiwa atau sejarah
sesuatu tempat. (3) Kesannya, fakta-fakta yang lebih jelas, tepat
dan sahih tentang budaya masyarakat yang hidup dan
berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik dapat
dikekalkan. (4) Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul
Samad, Kota A famosa dan Istana Jugra menyimpan info serta
nostalgia tentang cara hidup masyarakat Tanah Melayu pada
suatu masa dahulu. (5) Pujangga pernah berbicara bahawa orang
yang tidak memiliki rasa sejarah, adalah seperti orang yang tidak
memiliki telinga atau mata. (6) Ternyata khazanah yang dibina
suatu masa dahulu itu penting untuk dikekalkan sebagai bukti
primer sejarah.
34

