Page 4 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 4

Unsur Tautan Dalam Pengajaran Karangan


                       Masalah  murid dalam  menulis  karangan  sering  dikaitkan
               dengan ayat-ayat yang tidak mempunyai tautan atau pertalian

               makna antara satu sama lain. Biarpun murid didedahkan dengan
               pelbagai teknik mengarang, namun karangan murid masih tidak

               mempunyai keutuhan wacana kerana unsur tautan kurang diberi
               penekanan dalam  pengajaran  karangan. Hal ini menjadikan

               karangan  yang  dihasilkan  longgar  serta tidak kohesif  akibat
               kurangnya  penggunaan unsur tautan. Oleh itu,  sudah sampai

               masanya  guru  Bahasa Melayu  memanfaatkan pengetahuan
               tentang kohesi, khususnya semasa mengajar kemahiran menulis.


                       Kohesi atau tautan bermaksud hubungan makna yang

               mengikat sesuatu  ayat dengan  ayat  yang lain  sehingga wujud
               sebuah  teks  atau  wacana. Kohesi berlaku apabila  interpretasi
               beberapa  elemen dalam  sesuatu wacana bertaut antara satu

               sama lain.  Pengajaran  sarana  kohesi  atau tautan dengan
               menggunakan istilah yang  mudah,  tidak  mengelirukan  dan

               dijalankan dengan aktiviti yang menarik dapat membantu murid
               menguasai kemahiran menulis dan menjadikan karangan mereka

               lebih berkualiti.


                       Modul Pengaran Unsur Tautan ini dibangunkan berdasarkan
               Model Pengajaran Unsur Tautan  Zamri  Salleh dan Abdul Sukor

               (2009). Jenis unsur tautan yang digunakan dalam model ini pada
               dasarnya  merangkumi unsur  tautan yang  sering  digunakan  oleh

               murid  dalam  penulisan  selain model ini tidak  menekankan
               penggunaan istilah lingustik yang membebankan murid sebagai
               usaha  meningkatkan pemahaman murid  sesuai dengan tahap

               mereka.









                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9