Page 40 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 40
Langkah 1
Guru menerangkan konsep tautan perulangan rujukan dalam
perenggan isi.
Tautan perulangan rujukan bermaksud hubungan makna
yang wujud antara sesuatu kata atau frasa yang berfungsi
sebagai unsur rujukan dengan kata, frasa atau klausa yang
dirujuk dalam sesuatu teks.
Kohesi wujud dengan adanya tautan makna antara unsur
rujukan dengan sesuatu perkara, proses atau hal yang baru
ditulis.
Contoh:
1a. Ayah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat
roda.
1b. Kejadian itu berlaku di hadapan masjid.
1c. Dia dikejarkan ke hospital.
1d. Dia mungkin dirawat di sana selama tiga bulan
Dalam ayat di atas, kejadian itu dalam ayat 1b bertaut
dengan dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat
roda dalam ayat 1a. Dia dalam ayat 1c dan ayat 1d bertaut
dengan ayah dalam ayat 1a dan di sana dalam ayat 1d
bertaut dengan ke hospital dalam ayat 1c.
Jenis-jenis rujukan:
1. Rujukan peribadi
Rujukan peribadi ialah kata ganti nama yang
digunakan untuk merujuk kepada orang yang disebut
dalam ayat sebelum. Rujukan peribadi biasanya terdiri
daripada kata ganti nama orang ketiga iaitu ia, dia,
beliau dan mereka. Contoh ayat:
1e. Yusoff dan rakan-rakan telah berpeluang
melawat Kebun Buah Tin Segar yang terletak di
Sungai Soi, Kuantan. Mereka pergi dengan
menaiki bas.
1f. Datuk saya telah mengusahakan ternakan ketam
lembut dalam sangkar sejak tiga tahun lalu. Dia
40

