Page 42 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 42

3.  Rujukan bandingan
                              Rujukan bandingan bermaksud rujukan tidak langsung

                              dengan cara  merujuk  kepada persamaan  atau
                              perbezaan  dengan perkara yang  dirujuk. Rujukan
                              bandingan terbahagi kepada dua iaitu:


                                (i)  Rujukan umum
                                     Rujukan bandingan umum menggunakan rujukan
                                     secara umum sahaja. Antara bandingan umum

                                     yang terdapat dalam Bahasa Melayu
                                     termasuklah sama, sama juga, serupa, seperti itu,
                                     lain, yang lain, berbeza dan yang berbeza.


                                     1l.    Encik Amirul suka mengambil berat
                                            kebajikan jiran tanpa mengira perbezaan

                                            agama. Orang seperti itu, patut dipuji.
                                     1m.  Kami akan memberikan anda tempat duduk
                                            barisan paling hadapan. Adakah kamu

                                            mahukan tempat duduk yang lain?

                                (ii)  Rujukan khusus

                                     Rujukan bandingan khusus merujuk kepada
                                     perbandingan            antara       dua       unsur      dengan
                                     mengambil kira  ciri khusus unsur tersebut. Ciri
                                     khusus tersebut sama ada  daripada segi  kuantiti

                                     dan  kualiti.  Sekiranya perbandingan khusus
                                     melibatkan kuantiti, rujukan  bandingan khusus
                                     lebih       dan        kurang         digunakan           dengan

                                     digandingkan dengan kata atau frasa nama.

                                     Contohnya:

                                     1n.  Ibu bapa sering melakukan beberapa
                                            kesilapan ketika berbelanja. Sekiranya tidak
                                            dibetulkan, mereka akan melakukan lebih

                                            kesilapan.





                                                           42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47