Page 47 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 47

2.    Guru      membimbing            murid       memahami           unsur      tautan
                       perulangan rujukan dalam perenggan isi.




                       (1) Cara yang paling mudah bagi saya untuk menunjukkan

               rasa  hormat  kepada guru  adalah dengan  melafazkan  ucapan

               salam. (2) Perkara ini dapat dijelaskan sebagai ungkapan dalam


               bentuk doa  pengharapan  agar penerimanya sentiasa sejahtera

               dan selamat  daripada  segala macam  kedukaan.  (3)  Saya

               percaya  kesan daripada  perbuatan  berkenaan  bukan sahaja

               dapat  menyenangkan hati  guru,  tetapi dapat  mencambahkan

               perasaan kasih sayang antara kami. (4) Sebagai contohnya, saya


               akan  mengungkapkannya  tatkala berjumpa guru  tidak kira  di

               dalam  kawasan  sekolah seperti  di kantin, pusat  sumber  dan

               makmal sains  atau  ketika terserempak  dengan  guru  di luar

               kawasan sekolah. (5) Nabi Muhammad SAW sangat menekankan

               penyebaran usaha ini sesama Muslim dan baginda menyebutnya


               sebagai perbuatan baik  yang  paling  utama  antara  perbuatan

               baik  yang patut  dikerjakan.  (6)  Tegasnya,  cara ini  merupakan

               antara pendekatan yang saya praktikkan bagi menzahirkan rasa

               hormat kepada para guru.



















                                                           47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52