Page 57 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 57
2. Guru membimbing murid memahami tautan hubungan
berlawanan dalam perenggan isi.
Contoh 1
(1) Langkah utama untuk menggalakkan orang ramai supaya
menggunakan pengangkutan awam ialah syarikat pengangkutan
awam haruslah menawarkan tambang yang berpatutan. (2) Hal ini
dikatakan demikian kerana, tambang yang tidak munasabah oleh
pengusaha yang berbeza akan menyebabkan masyarakat
menggunakan kenderaan persendirian. (3) Kesannya, pengguna
yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan tambang
yang mahal berbanding pengguna berkemampuan yang tidak
terkesan dengan situasi tersebut. (4) Sebagai contohnya, pelajar
dan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan sendiri akan
tertekan dengan cas yang tidak relevan dengan jarak yang dilalui.
(5) Datuk Bandar Bogota pernah menyatakan bahawa negara
yang kebanyakan orang miskin mempunyai kereta, dan jika
mereka lebih miskin mereka akan menunggang motosikal
bukanlah negara maju. (6) Jelaslah, cas tidak relevan yang
dikenakan oleh pengusaha pengangkutan awam di negara ini
akan membantutkan usaha menggalakkan orang ramai
menggunakan kenderaan berkenaan.
Unsur tautan hubungan berlawanan bagi ayat-ayat di atas adalah
seperti berikut:
1. …kenderaan persendirian dan tambang yang tidak
munasabah dalam ayat (2) bertaut dengan pengangkutan
awam dan menawarkan tambang yang berpatutan dalam
ayat (1) dari segi hubungan berlawanan…
2. … pengguna yang berpendapatan rendah akan terbeban
dengan tambang yang mahal bertaut dengan pengguna
berkemampuan yang tidak terkesan dengan situasi tersebut
dalam ayat (3) dari segi hubungan berlawanan…
57

