Page 58 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 58

Contoh 2

               (1)  Seterusnya, bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan
               awam  dalam  kalangan  rakyat, kerajaan perlulah  meningkatkan

               kualiti  infrastruktur fizikal  pengangkutan awam.  (2)  Perkara ini
               merujuk kepada  struktur  pengangkutan awam  yang lemah  dan

               tidak  bergabung  antara satu  sama lain  akan  membentuk satu
               rantaian yang tidak menyokong keseluruhan sistem yang ada. (3)
               Impak  infrastruktur fizikal  yang lemah  dan dibina  tidak mesra
               pengguna  akan  menjadi halangan  untuk diakses  berbanding

               infrastruktur fizikal yang direka lebih mesra pengguna dan inklusif,
               akan memungkinkan kebolehcapaian tanpa batasan khususnya
               dalam kalangan orang kelainan upaya. (4) Sebagai contohnya,

               laluan pejalan kaki berbumbung yang mementingkan keselesaan,
               kemudahan dan  keselamatan pengguna akan  memudahkan
               mereka bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain, berbanding
               ketiadaan laluan pejalan  kaki  berbumbung  menyebabkan

               pengguna  terpaksa  berpanas dan berhujan untuk  sampai  ke
               stesen pilihan.  (5)  Benarlah kata-kata bahawa  pengguna

               mempunyai  kesedaran yang  lebih matang terhadap  nilai
               perkhidmatan berbanding  dengan  harga  yang dibayar.  (6)
               Jelaslah, kerajaan perlulah meningkatkan kualiti infrastruktur fizikal
               pengangkutan awam bagi menarik perhatian pengguna.


               Unsur tautan hubungan berlawanan bagi ayat-ayat di atas adalah
               seperti berikut:


                   1.  … struktur pengangkutan awam yang lemah dalam ayat (2)
                       bertaut dengan  meningkatkan kualiti  infrastruktur fizikal
                       pengangkutan awam  dalam ayat  (1)  dari  segi hubungan
                       berlawanan…


                   2.  …  infrastruktur fizikal  yang lemah dan  dibina tidak  mesra
                       pengguna akan  menjadi halangan  untuk diakses  bertaut
                       dengan  infrastruktur fizikal  yang direka  lebih  mesra

                       pengguna            dan         inklusif,       akan         memungkinkan
                       kebolehcapaian tanpa batasan khususnya dalam kalangan
                       orang  kelainan upaya  dalam ayat  (3)  dari  segi hubungan

                       berlawanan…


                                                           58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63