Page 65 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 65

2.    Guru membimbing murid memahami unsur tautan
                       hubungan keluarga dalam perenggan isi.



                       (1) Peranan sekolah dalam menangani alam sekitar adalah

               melalui pendidikan formal pendekatan merentas kurikulum mata

               pelajaran.  (2)  Perkara ini merujuk  kepada para  guru  akan

               memfokuskan  kepada aspek kemahiran  yang ingin  dicapai


               dengan memberi pendedahan dalam bentuk ilmu dan maklumat

               tentang  alam sekitar.  (3)  Impaknya  murid-murid  bukan sahaja

               akan dapat menguasai kemahiran yang ditekankan malah sikap

               peka dan menyayangi alam sekitar akan mula bercambah dalam


               diri mereka.  (4)  Misalnya  dalam  mata  pelajaran Bahasa  Melayu

               (KSSM) Tingkatan 1  telah  dimuatkan input ilmu  dan situasi

               berlatarbelakangkan terma alam sekitar sebagai pengajaran dan

               pandangan  kepada  murid  secara tidak  langsung dalam


               menguasai kemahiran membaca dan menulis. (5) Islam sebagai

               sebaik-baik agama dan cara hidup amat mementingkan peranan

               madrasah sebagai institusi ilmu untuk memberi penekanan yang

               serius terhadap keharmonian dan kestabilan alam sebagai mana

               yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud


               setiap kamu adalah pemelihara dan masing-masing kamu akan

               dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa yang dipeliharanya.

               (6) Tegasnya, sekolah berperanan menanam pemikiran yang halus

               dalam diri generasi muda bahawa kita tidak pernah mewarisi alam

               sekitar  ini  daripada  nenek moyang kita  sebaliknya kita


               meminjamnya daripada generasi akan datang.






                                                           65
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70