Page 66 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 66

3.    Guru menjelaskan               tautan      hubungan          keluarga        juga
                       merupakan satu teknik  yang  boleh digunakan untuk

                       mengemukakan  contoh yang  berkait dalam  perenggan
                       seperti berikut:




                       (1)  Pelarian merujuk  kepada  golongan  yang melarikan  diri

               dari negara asal dan membawa diri ke negara yang tiada kaitan


               dengan mereka disebabkan  kebimbangan  dan  ketakutan

               terhadap  penganiayaan,  penyeksaan  dan  penindasan  yang

               dikenakan terhadap mereka. (2) Hal ini dapat disabitkan dengan

               situasi peperangan, penghapusan etnik dan keganasan agama di

               negara asal mereka. (3) Kesan kebanjiran pelarian ini menimbulkan


               pelbagai masalah bukan  sahaja  masalah kewangan  dan

               pengurusan untuk memberi penempatan kepada mereka, tetapi

               juga membabitkan  masalah sosial  dan  psikologi  sepanjang

               tempoh  perlindungan seperti  jenayah,  pengangguran,  hilang

               peluang pekerjaan dalam  kalangan penduduk  tempatan,


               masalah penyesuaian  dan sosio ekonomi yang semuanya terbit

               daripada kem-kem perlindungan yang terpaksa dibina kerajaan di

               kawasan yang sepatutnya menjadi sumber sosial ekonomi kepada


               penduduk tempatan.  (4)  Sebagai  buktinya, pada  tahun 1957,

               sekumpulan  pelarian  Vietnam  telah mendarat di Terengganu

               kerana kekejaman rejim Vietnam dan negara kita telah menjadi

               tumpuan pelarian Bangladesh, Indonesia dan Rohingya.










                                                           66
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71