Page 72 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 72

2.    Guru membimbing murid memahami unsur tautan hubungan
                       sebab akibat dalam perenggan isi.



                   (1)  Faktor utama  seseorang  usahawan itu  berjaya  adalah
               sentiasa berusaha meningkatkan  ilmu  dan kemahiran  dalam

               bidang yang  diceburi.  (2)  Usaha tersebut  menyebabkan  para
               usahawan berpeluang memperoleh input dalam bidang masing-

               masing dengan lebih mendalam. (3) Impak daripada input yang
               meluas, para usahawan bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti

               dan keterampilan diri,  malah  terdorong untuk menjadi  lebih
               proaktif,  kreatif,  inovatif dan  berbudaya usahawan.  (4)  Sebagai

               contohnya, program latihan, bimbingan dan khidmat nasihat yang
               disediakan oleh agensi kerajaan mengakibatkan para usahawan

               berpeluang meneroka maklumat terkini sesuatu perniagaan agar
               menepati  kehendak  industri  dan pasaran semasa, di samping
               mendapat peluang kemudahan sokongan melalui ekosistem

               perniagaan  yang disediakan  oleh pihak tersebut.  (5)  Golongan
               bijak pandai ada mengatakan bahawa ilmu akan membuka jalan

               ke  arah  penerokaan bidang-bidang  baharu di samping
               memperluas  kegiatan, skop  perancangan serta  program  yang

               akan  membawa  kepada kemajuan.  (6)  Jelaslah usaha  untuk
               meningkatkan  ilmu dan kemahiran  menjadikan  para usahawan

               memperoleh kepakaran  sehingga dapat  mengukir kejayaan
               dalam bidang yang dipelopori.




               Unsur tautan hubungan sebab akibat  dalam perenggan    usaha
               meningkatkan  ilmu dan  kemahiran  menyebabkan  usahawan

               memperoleh input mendalam  adalah ditunjukkan seperti berikut:

               … ilmu dan kemahiran … menyebabkan … memperoleh input …
               impak … meningkatkan kualiti … mengakibatkan … meneroka

               maklumat terkini … menjadikan … memperoleh kepakaran …
               mengukir kejayaan …






                                                           72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77