Page 73 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 73
3. Guru menjelaskan tautan hubungan sebab akibat dalam
perenggan boleh juga dimulakan dengan akibat dan diikuti
oleh sebab (akibat-sebab).
Keadaan ini merujuk kepada hubungan antara unsur
yang dihasilkan oleh sesuatu keadaan atau fenomena.
Perenggan di bawah merupakan contoh akibat dan
diikuti oleh sebab (akibat-sebab). Dalam perenggan itu,
idea utama dimulakan dengan akibat iaitu kejayaan
dan akibat tersebut disebabkan oleh keadaan usaha,
kegigihan dan kesungguhan.
(1) Kejayaan seseorang usahawa lazimnya dicetuskan oleh
keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan. (2) Impian
untuk melakar kejayaan menerbitkan usaha untuk mencapai
sesuatu matlamat yang sangat jelas dengan melampaui halangan
yang ada. (3) Kejayaan yang terukir tidak datang bergolek
melainkan disebabkan kegigihan khususnya kegigihan terancang
dalam mencapai objektif atau tujuan tertentu dengan mendidik
diri bersungguh-sungguh mengambil peluang bagi mengubah
kehidupan, tidak mudah berputus asa, serta tidak cepat mengalah
dalam persaingan. (4) Sebagai contohnya, saat-saat manis
apabila produk yang dihasilkan berjaya mendapat tempat di
pasaran tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya kesungguhan
usahawan menggali ilmu dalam bidang yang diceburi dan
menanam minda yang positif tidak diletuskan. (5) Peribahasa ada
mengungkapkan bahawa gagal sekali bukan bermakna gagal
untuk selamanya, asalkan tidak mahu mengalah dan jemu
berusaha, setiap orang mampu merasai kemanisan kejayaan. (6)
Sudah terang lagi bersuluh kejayaan yang berada dalam
genggaman pada hari ini rahsianya adalah kerana keinginan
yang tinggi untuk berjaya.
… kejayaan ... dicetuskan … usaha … disebabkan … kegigihan
… kesungguhan ... diletuskan …
73

