Page 80 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 80
3. Penghubung Ayat Musabab
Penghubung ayat musabab menjelaskan hubungan unsur sebelum
dengan selepas dengan makna alasan, akibat, tujuan atau syarat
yang ditunjukkan melalui penghubung ayat. Contohnya ialah:
- Akibatnya
- Berhubungan dengan ini
- Jadi
- Jika begitu
- Kesannya
- Natijahnya
- Oleh itu
- Oleh sebab
- Oleh yang demikian
- Sebagai akibatnya
- Sebagai kesannya
- Sehubungan itu
Contoh
(1) Banyak kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna,
diceroboh, ditebang dan ditambak bagi kegiatan pertanian
seperti pembukaan ladang kelapa sawit dan pembukaan kolam-
kolam udang dan ikan secara komersial. (2) Sebagai akibatnya,
masalah hakisan pantai berlaku disebabkan hilangnya penahan
ombak semula jadi ini. (3) Sehubungan itu, pemendapan sedimen
di muara sungai kesan daripada kemusnahan kawasan hutan
paya bakau boleh menjejaskan kawasan muara sungai dan
mengakibatkan banjir terutamanya selepas hujan lebat dan
semasa air pasang besar.
80

