Page 78 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 78

1.    Penghubung Ayat Tambahan

               Penghubung  ayat tambahan merujuk penghubung  ayat  yang
               menandai ciri makna ‘menambah’ unsur sebelum dengan unsur

               selepas. Cara menambah itu juga termasuk pisahan atau pilihan
               dan penegasan. Contohnya ialah:

                       -  Bahkan

                       -  Dalam hal ini juga
                       -  Di samping itu
                       -  Lebih-lebih lagi

                       -  Malah
                       -  Malahan
                       -  Sekali lagi

                       -  Selain itu
                       -  Tambahan pula




               Contoh

                       (1)  Kepentingan utama  hutan  paya bakau adalah untuk

               melindungi  kawasan pinggir pantai  daripada  ancaman banjir,

               taufan dan hakisan pantai. (2) Selain itu, hutan paya bakau turut


               bermanfaat sebagai habitat bagi pelbagai hidupan akuatik.  (3)

               Dalam hal ini, hutan paya bakau juga menjadi kediaman pelbagai

               spesies fauna yang lain. (4) Di samping itu, hutan paya bakau juga

               penting bagi membekalkan pelbagai sumber kepada penduduk


               setempat.















                                                           78
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83