Page 101 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 101

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)
                  NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                  BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)

                  36.    LIABILITI LUAR JANGKA

                         Koperasi menghadapi dua tindakan undang-undang yang disabit dalam tahun 2012
                         hingga 2021 dan masih berjalan, iaitu ;
                         a)      Satu kes di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, tuntutan saman oleh Kerajaan
                                 Malaysia terhadap KOJUTA dengan jumlah tuntutan sebanyak RM900,893 atas
                                 Notis Taksiran bertarikh 24.12.2012 bagi tahun taksiran 2008(T) dan 2009(T)
                                 yang mana kes ini telah di bawa ke peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala
                                 Lumpur dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia. Keputusan kes telah
                                 diputuskan  pada  14  Februari  2020  setelah  panel  Persuruhjaya  Khas  Cukai
                                 Pendapatan  berpuashati  bahawa  perayu  dan  responden  telah  mencapai
                                 persetujuan  penyelesaian  kes  di  bawah  perenggan  102(5)(a)  Akta  Cukai
                                 Pendapatan 1967.

                                 Selanjutnya,  bersabit  atas  Notis  Taksiran  bertarikh  24.12.2012  bagi  tahun
                                 taksiran  2007,  2008(T)  dan  2009(T),  KOJUTA  telah  membuat  rayuan  ke
                                 Mahkamah  Pesuruhjaya  Khas  Cukai  Pendapatan  mengenai  jumlah  taksiran
                                 yang kena di bayar oleh KOJUTA di bawah Notis Taksiran tersebut. KOJUTA tidak
                                 berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan telah
                                 merayu  ke  Mahkamah  Tinggi  Kuala  Lumpur  dan  Mahkamah  Tinggi  Kuala
                                 Lumpur memutuskan bahawa kes ini akan dibicarakan semula di Mahkamah
                                 Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.
                                 Pada  tahun  2020,  kes  ini  telah  selesai  dan  pihak  KOJUTA  dijangka  akan
                                 memperolehi pemulangan ke atas lebihan bayaran cukai pendapatan tersebut
                                 daripada pihak LHDN.
                                 Namun sehingga tarikh laporan ini, KOJUTA masih belum menerima sebarang
                                 bayaran dari pihak LHDN seperti yang telah diputuskan oleh pihak Mahkamah.
                         b)      Satu kes saman permohonan pembayaran terhadap peminjam atau penyewa
                                 Puan Zaiton binti Asbi dan Jamil bin Ahmed yang mana pengurusan kes telah
                                 diadakan pada 2 Disember 2019 jam 2 petang di hadapan Puan Nuriza Binti
                                 Mustafa,  di  Mahkamah  Tinggi  Majistret  Sivil,  Aras  3  Tengah  Kompleks
                                 Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta, 50592 Kuala Lumpur.

                                 Defenden  di  dapati  gagal  hadir  semasa  pengurusan  kes  dijalankan.  Pihak
                                 peguam,  daripada  Tetuan  Masturah  &  Co.,  di  dalam  suratnya  bertarikh  6
                                 Januari  2020  memaklumkan  bahawa  penghakiman  ingkar  kehadiran  telah
                                 direkodkan di mahkamah pada 6 Disember 2019 ke atas defenden-defenden
                                 tersebut.

                                 Hasil  perbincangan  di  antara  pihak  KOJUTA  dan  pihak  defendan  di  luar
                                 mahkamah,  pihak  KOJUTA  telah  bersetuju  untuk  menarik  semula  ke  atas
                                 tindakan dan perundangan yang telah dibuat sebelum ini.


                                                           41

                                                                              Laporan Tahunan 2020   97
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106