Page 102 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 102

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)
                  NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                  BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)

                  37.    PERISTIWA SELEPAS TARIKH PELAPORAN

                         Wabak Coronavirus

                         Pada  11  Mac  2021,  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)  menyatakan  Wabak
                         Coronavirus ("Covid-19") sebagai pandemik sebagai pengiktirafan penyebarannya yang
                         pesat di seluruh dunia. Pada 16 Mac 2021, Kerajaan Malaysia mengenakan Perintah
                         Kawalan Pergerakan (“MCO”) mulai 18 Mac 2021 bertujuan mengekang penyebaran
                         wabak Covid-19 di malaysia. Wabak Covid-19 juga mengakibatkan sekatan perjalanan,
                         penguncian  dan  tindakan  pencegahan  lain  yang  dikenakan  di  pelbagai  negara.
                         Kemunculan wabak Covid-19 sejak awal tahun 2021 telah menyebabkan ketidakpastian
                         ekonomi yang ketara di Malaysia,pasaran serta operasi Koperasi.

                         Bagi penyata kewangan Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021,
                         kesan  pandemik  Covid-19  dianggap  sebagai  peristiwa  yang  tidak  perlu  pelarasan
                         selepas tarikh pelaporan (non-adjusting event) berdasarkan Piawaian MPERS 32 setelah
                         berakhirnya tempoh pelaporan. Oleh itu, tidak ada kesan terhadap pengiktirafan dan
                         pengukuran aset dan liabiliti pada 31 Disember 2021.

                         Koperasi  tidak  dapat  menganggar  secara  munasabah  kesan  Covid-19  terhadap
                         kewangan  Koperasi  bagi  tahun  kewangan  berakhir  31  Disember  2021.  Ini  kerana
                         keadaan semasa yang masih terus berubah. Walau bagaimanapun, adalah pasti bahawa
                         tindakan Kerajaan tempatan dan seluruh dunia terhadap penyebaran pandemik Covid-
                         19 akan memberi kesan buruk terhadap operasi dan bekalan setiap Koperasi. Koperasi
                         akan terus memantau kesan Covid-19 terhadap operasi dan prestasi kewangannya dan
                         juga akan mengambil langkah-langkah yang tepat dan cekap untuk meminimumkan
                         kesan wabak tersebut terhadap operasi Koperasi.

                  38.    KELULUSAN PENYATA KEWANGAN

                         Penyata  Kewangan  Koperasi  telah  diluluskan  untuk  terbitan  oleh  Anggota  Lembaga
                         mengikut resolusi Anggota Lembaga pada tarikh Penyata Kewangan.



















                                                           42


                                                                              Laporan Tahunan 2020   98
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107