Page 72 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 72

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)

                  NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                  BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)

                  2.     DASAR-DASAR PERAKAUNAN (SAMB.)

                         d)      Pelaburan Saham
                                 Pelaburan  saham  siarharga  dan  saham  tak  siarharga  dinyatakan  pada  kos
                                 kecuali jika Anggota Lembaga berpendapat bahawa terdapat kerugian tetap
                                 dalam nilai sesuatu pelaburan.
                         e)      Inventori

                                 Inventori dinyatakan pada nilai terendah di antara kos dan nilai boleh realis
                                 bersih.
                                 Kos  inventori  meliputi  semua  kos  belian,  kos  penukaran  dan  kos  lain  yang
                                 terlibat untuk membawa inventori ke lokasi dari keadaan semasanya.
                                 Nilai boleh realis bersih ialah anggaran harga jualan dalam perjalanan biasa
                                 perniagaan ditolak anggaran kos penyiapan dan anggaran kos yang diperlukan
                                 untuk membuat jualan.
                         f)     Aset kewangan

                                Aset kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Koperasi
                                menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.
                                Pada awal pengiktirafan, aset kewangan adalah diukur pada harga urusniaga,
                                termasuk kos urusniaga untuk aset kewangan tidak diukur pada nilai saksama
                                menerusi keuntungan atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada
                                kesan, sebuah urusniaga pembiayaan bagi pihak bertimbal kepada pengaturan.
                                Selepas  pengiktirafan  awal,  aset  kewangan  dikelaskan  kepada  salah  satu
                                daripada  tiga  kategori:  aset  kewangan  diukur  pada  nilai  saksama  menerusi
                                keuntungan atau kerugian, aset kewangan merupakan instrumen hutang diukur
                                pada kos dilunaskan, dan aset kewangan merupakan instrumen ekuiti diukur
                                pada kos ditolak rosotnilai.
                                i)    Aset Kewangan Diukur pada Nilai Saksama menerusi Keuntungan
                                      atau Kerugian

                                      Aset  kewangan  adalah  dikelaskan  sebagai  nilai  saksama  menerusi
                                      keuntungan  atau  kerugian  apabila  aset  kewangan  adalah  dalam  skop
                                      Seksyen 12 MPERS atau jika aset kewangan diniagakan secara awam atau
                                      nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha
                                      yang tidak wajar.

                                      Perubahan  dalam  nilai  saksama  diiktiraf  dalam  keuntungan  atau
                                      kerugian.



                                                           14
                  Laporan Tahunan 2021                                                              70
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77