Page 75 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 75
LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
(Ditubuhkan di Malaysia)
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)
2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN (SAMB.)
g) Tunai Dan Tunai Setara
Tunai dan tunai setara merangkumi simpanan tetap jangka pendek, baki bank
dan baki tunai di tangan yang bercairan tinggi dan sedia untuk ditukar dengan
risiko perubahan nilai yang kecil.
h) Modal Syer Anggota
Modal syer anggota diambil kira dalam Penyata Kewangan berdasarkan
penerimaan tunai.
i) Penjejasan Nilai Aset
Amaun pembawa aset akan diulas bagi tujuan penjejasan nilai apabila
terdapatnya petunjuk bahawa nilai aset mungkin akan terjejas. Penjejasan nilai
dikira dengan membandingkan amaun pembawa aset dengan amaun boleh
pulih aset tersebut. Kerugian daripada penjejasan nilai akan dicaj ke Penyata
Pendapatan dengan serta-merta.
Kenaikan seterusnya ke atas amaun boleh pulih aset tersebut akan diambil kira
sebagai amaun ditulis semula terhadap penjejasan nilai sebelum ini dan akan
diiktirafkan setakat mana pembawa nilai aset tersebut telah ditentukan (bersih
dari pelunasan dan susutnilai) sebelum sebarang penjejasan nilai. Amaun ditulis
semula ini akan diiktiraf ke Penyata Pendapatan dengan serta-merta.
j) Liabiliti dan Ekuiti
i) Pengkelasan Liabiliti dan Ekuiti
Liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti adalah dikelaskan selaras
dengan ciri-ciri dalam pengaturan kontrak, bukan sekadar bentuk
undang-undang, dan selaras dengan definisi liabiliti kewangan dan
instrumen ekuiti.
ii) Instrumen Ekuiti
Saham biasa dikelaskan sebagai ekuiti.
Instrumen ekuiti adalah sebarang kontrak yang berbukti baki
kepentingan dalam aset Koperasi selepas ditolak semua liabilitinya.
Instrumen ekuiti diterbitkan oleh Syarikat, selain daripada yang
dikeluarkan sebagai sebahagian daripada penggabungan perniagaan
atau yang diambilkira dalam perenggan 22.15A ke 22.15B adalah diukur
pada nilai saksama tunai atau sumber lain diterima, selepas ditolak kos
urusniaga. Sekiranya bayaran ditunda dan nilai masa wang adalah
ketara, pengukuran awal hendaklah berdasarkan pada asas nilai
semasa.
17
Laporan Tahunan 2021 73

