Page 12 - BUKU PROGRAM MA PIBG 35 (2022)
P. 12
Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 Tahun 2022-2023
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU KALI KE-34
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU
Tarikh : 30 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Google Meet
2.0 AGENDA MESYUARAT
2.1 Ucapan dan laporan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru
2.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa &
Guru kali ke- 33
2.3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Sesi 2020/2021
2.4 Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan sesi 2020/2021
2.5 Membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021
2.6 Perlantikan Pengerusi sementara bagi menjalankan mesyuarat
2.7 Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022
2.7.1 Seorang YDP PIBG (Ibu Bapa)
2.7.2 Seorang NYDP PIBG (Ibu Bapa)
2.7.3 Seorang Setiausaha Kehormat (Guru)
2.7.4 Seorang Bendahari Kehormat (Guru)
2.7.5 20 orang AJK (10 orang wakil ibu bapa dan 10 orang wakil guru)
2.7.6 2 orang Juruaudit (seorang wakil ibu bapa dan seorang wakil guru)
2.8 Pembentangan usul-usul oleh pembawa usul
2.9 Ucapan Penangguhan
2.10 Doa & Penutup
2.11 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah kali ke-34 ditangguhkan
3.0 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-34
3.1 Ucapan dan Laporan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
3.1.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru di atas
kehadiran pada Mesyuarat Agung kali ke-34 ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih
di atas segala sumbangan idea, tenaga dan kewangan untuk kecemerlangan anak-anak
di sekolah ini.
3.1.2 Beliau berharap agar mendapat kerjasama daripada semua demi kelancaran majlis
pada hari ini.
3.2 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Kali ke-33 Tahun 2020
3.2.1 Yang Dipertua, Puan. Lua Geok Sian membentangkan minit mesyuarat dan
meminta ibu bapa menerima dan mengesahkannya.
3.2.2 Pn. Anizam binti Ahmad mencadangkan agar minit mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-33 diterima dan disahkan.
3.2.3 Pn. Syobirah binti Mat Saad menyokong.
3.3 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan Sesi 2020/2021
3.3.1 Setiausaha Agung PIBG En. Nik Hazimin bin Nik Yusoff membentangkan Laporan
Tahunan PIBG sesi 2020/2021.
3.3.2 Beliau memaklumkan bahawa aktiviti yang telah dijalankan berjalan dengan lancar
dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.
3.4 Membentang dan Menerima Laporan Penyata Kewangan Sesi 2020/2021
3.4.1 Bendahari Kehormat, En. Nor Fahmi bin Ibrahim membentangkan Penyata
Kewangan mengenai jumlah perbelanjaan sehingga 31 Disember 2020.
3.4.2 Cik Nagamma A/P Sinnathamby mencadangkan agar Penyata Laporan Kewangan
sehingga 31 Disember 2020 disahkan.
12

