Page 17 - BUKU PROGRAM MA PIBG 35 (2022)
P. 17
Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 Tahun 2022-2023
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG
SK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU SESI 2021/2022
PENDAHULUAN
Pada tahun 2022, PIBG banyak membantu sekolah dari segi peruntukkan kewangan bagi
menampung kos perbelanjaan dan pengurusan sesuatu aktiviti demi kemajuan pendidikan SK
Taman Pelangi dan demi kemudahan dan keselesaan semua warga sekolah.
Perbelanjaan yang dilakukan adalah hasil perbincangan antara ahli - ahli jawatankuasa PIBG serta
cadangan daripada para ibu bapa untuk kebaikan bersama. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti
dan sumbangan telah dilakukan bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan
lancar. Suasana yang kondusif dapat mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
dengan selesa dan sempurna.
AKTIVITI-AKTIVITI PIBG BAGI TAHUN 2022
Berikut adalah aktiviti-aktiviti dan sumbangan yang telah dilakukan oleh PIBG
berdasarkan perancangan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG 2021/2022.
JANUARI 2022
Permulaan Tahun 2022 dimulakan dengan projek keceriaan bilik darjah dengan menambahbaik
papan kenyataan di bilik darjah
Pihak PIBG membantu dalam pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal 1, 2021/2022.
FEBRUARI 2022
Pihak PIBG mengeluarkan dana bagi membeli alatan dan bahan untuk penghalang pintu kelas.
APRIL 2022
Pada bulan April 2022, PIBG telah mendapatkan dana daripada Tea Garden untuk sumbangan Hari
Raya anak-anak yatim.
MEI 2022
PIBG mengeluarkan dana dan sumbangan tenaga untuk projek baikpulih sinki dan pendawaian
elektrik di kantin sekolah.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 26.5.2022. Pihak PIBG telah
memberikan sumbangan untuk jamuan hari raya tersebut. Ramai ahli PIBG yang datang membantu
bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.
JUN 2022
PIBG telah mengeluarkan dana dan memantau kerja-kerja membina bumbung di tangga kantin dan
walkway di luar pagar.
17

