Page 5 - BUKU PROGRAM MA PIBG 35 (2022)
P. 5

Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 Tahun 2022-2023





                                                 SEKAPUR SIRIH

                                                EX-OFFICIO PIBG

                                    SK TAMAN PELANGI JOHOR BAHRU



                                              Bismillahhirrahmanirrahim.

                                    Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


                  Alhamdulillah,  dipanjatkan  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  limpah
               kurnianya sekali lagi kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita mengadakan

               Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 Tahun 2022. Terima kasih diucapkan kepada barisan

               AJK PIBG yang sentiasa menyokong dan memberi komitmen yang tinggi dalam semua
               program yang dirancang.


                        Mesyuarat  Agung  yang  diadakan  saban  tahun  bukan  sahaja  untuk  memenuhi

               takwim  tahunan  PIBG  malah  ia  berfungsi  lebih  dari  itu.  Mesyuarat  ini  boleh  dijadikan
               platform  penggabungan  idea  antara  komuniti,  ibu  bapa  dan  sekolah  bagi  memacu

               Kemenjadian  Murid  dan  ke  arah  Sekolah  Berkualiti  dengan  perancangan  yang  padu

               terutama yang berkaitan isu ketidakhadiran murid ke sekolah.


                        Saya percaya kejayaan sebuah sekolah dan kecemerlangan murid adalah usaha
               gigih murid, ibu bapa dan guru-guru secara bersama dan konsisten di samping prasarana

               sekolah  yang  kondusif  untuk  murid-murid  menambah  ilmu  pengetahuan  sebagai
               persediaan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Sokongan dan kerjasama

               PIBG yang jitu amat diperlukan dan sangat dihargai. Semoga PIBG dan SK Taman Pelangi

               saling membantu meningkatkan Kemenjadian Murid dan Sekolah Kualiti.


                  Sekian, terima kasih.


                  (HJH HAMIDAH BINTI MUSTAFA)

                  EX-OFFICIO PIBG
                  SK TAMAN PELANGI









                                                                                                              5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10