Page 6 - BUKU PROGRAM MA PIBG 35 (2022)
P. 6
Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 Tahun 2022-2023
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK TAMAN PELANGI JOHOR BAHRU
SALAM SEJAHTERA
SALAM KELUARGA SK TAMAN PELANGI
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Tuhan di atas
segala nikmatnya dapatlah kita bersama-sama dalam Majlis Mesyuarat Agung
PIBG SK Taman Pelangi kali ke 35 pada tahun 2022.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak pengurusan SK Taman Pelangi dan para guru serta barisan
AJK PIBG kerana sepanjang tempoh saya memegang jawatan YDP telah mendapat
kerjasama yang utuh dari semua pihak dalam usaha meningkatkan kemudahan
prasarana pembelajaran di sekolah. Saya yakin semangat ini akan berterusan dan
berkekalan demi kecemerlangan Keluarga SK Taman Pelangi.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 dalam merealisasikan
kelancaran majlis yang akan diadakan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
AJK PIBG dan keluarga SK Taman Pelangi yang telah memberi sokongan padu
dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.
Akhir kata, saya berharap agar Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35
SK Taman Pelangi dapat dijalankan dengan sempuna dan lancar. Saya mewakili
semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh
pihak SK Taman Pelangi bagi memacu kecemerlangan anak-anak di dunia dan di
akhirat.
Sekian, terima kasih.
LUA
(LUA GEOK SIAN)
YANG DIPERTUA PIBG
SK TAMAN PELANGI,
JOHOR BAHRU.
6

