Page 8 - Majalah SEDIA 2021
P. 8

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.






       Terlebih dahulu tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi majalah Sedia SMK Dato’


       Dol  Said  2021,  atas  kejayaan  menerbitkan  majalah  secara  maya  pada  tahun  ini.  Kejayaan  ini  merupakan  hasil

       permuafakatan yang terjalin antara guru dengan pelajar serta komitmen semua pihak. Pada kesempatan ini , saya


       ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut meyampaikan sepatah dua


       kata.  Cabaran  untuk  memperkasakan  kualiti  pendidikan  ialah  tanggungjawab  kita  semua.  Untuk  merealisasikan


       hasrat ini, memerlukan kita semua saling membahu bagi mencapai aspirasi yang diidamkan.






       Menelusuri arus globalisasi kini, terlalu banyak cabaran yang harus kita semua hadapi dan tangani khususnya pada


       norma baharu ini. Jadi, bagi mendepani cabaran tersebut, anak-anak pelajar SMK Dato' Dol Said haruslah melengkapi


       diri dengan ilmu, kemahiran serta sahsiah terpuji seiring dengan hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang berfikiran


       teknologi  terkini.  Budaya  hedonisme  merupakan  ancaman  terbesar  yang  perlu  dihindari  dalam  meneguhkan


       kecemerlangan anak-anak pelajar sekalian.






       Lantaran itu, anak-anak pelajar perlu memperkasakan diri dan memantapkan kekuatan daya saing demi memajukan


       negara tercinta terutama dalam bidang teknologi moden. Saya berharap agar ukhuwah yang terjalin antara ibu bapa


       dengan  semua  warga  SMK  Dato'  Dol  Said  dapat  terus  menyuntik  semangat  untuk  membantu  peningkatan


       kecemerlangan  akademik  mahupun  sahsiah  anak-anak  pelajar.  Pihak  PIBG  akan  sentiasa  bekerjasama  erat  bagi


       menjayakan  semua  aktiviti  di  sekolah  ini.  Semoga  penerbitan  Majalah  Sedia  ini  dapat  terus  meningkatkan  daya


       kreativiti dan inovatif anak-anak pelajar agar menjadi aset kepada kecemerlangan prestasi sekolah ini.






       Akhir  kata,  saya  berharap  agar  semua  warga  SMK  Dato'  Dol  Said  turut  melipatgandakan  usaha  untuk  meraih

       sebarang kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat


       sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Penerbitan Majalah SEDIA  maya ini.






       Sekian , terima kasih






       DATUK DR HAJI IHSAN BIN OSMAN


       YDP PIBG SMK DATO' DOL SAID
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13