Page 9 - Majalah SEDIA 2021
P. 9

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.






       Pertama  sekali  saya,  ingin  merakamkan  jutaan  terima  kasih  kepada  AJK  penerbitan  majalah  sekolah  'SEDIA'  .


       Berdasarkan komitmen,pengalaman dan kecekapan,AJK berjaya menerbitkan majalah sekolah sesi 2021 secara


       maya kesan dari pandemik Covid-19. Kemajuan teknologi pendigitalan masa kini memberi peluang kepada kita untuk


       terus menerbitkan majalah sebagai tanda kenang-kenangan  seluruh warga sekolah.






       Seperti semua sedia maklum, majalah sekolah adalah 'gedung' memori yang menjadi ingatan manis kepada kita pada

       masa-masa  akan  datang.  Di  dalam  majalah  ini  terangkum  cita-cita  dan  hasrat  bersama  seluruh  warga  sekolah


       bertepatan dengan moto sekolah iaitu 'Hidup Mesti Berjuang'. Benar, kehidupan ini adalah satu perjuangan untuk


       melaksanakan proses 'Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera'.






       Saya  rasa  bersyukur  keluarga  SMKDDS  bergerak  bersama-sama  dalam  satu  pasukan  untuk  merealisasikan


       pencapaian  cemerlang  dan  berprestasi  tinggi    dalam  semua  bidang  iaitu  pentadbiran,  kurikulum,  HEM  dan


       kokurikulum.






        # 'sekolah kita maruah kita' # 'marilah menuju kejayaan.'






       Akhir sekali, kata bijak pandai, sekeping gambar lebih bermakna dari beribu-ribu perkataan.










       Sekian, terima kasih.





       HAJI MD YAZED BIN YATIM


       PENGETUA SMK DATO' DOL SAID
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14