Page 139 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 139

Manual Pengurusan SKDWA  2020



                     MASA AKTIVITI
                      1.  Aktiviti Kokurikulum, Sukan dan Permainan adalah pada setiap hari RABU
                          setiap minggu persekolahan.
                      2.  Aktiviti Kokurikulum bermula jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
                      3.  Aktiviti Sukan dan Permainan bermula jam 3.00 petang hingga 4 petang.
                      4.  Aktiviti Pasukan Badan Beruniform ialah pada MINGGU GANJIL.
                      5.  Aktiviti Kelab dan Persatuan ialah pada MINGGU GENAP.
                      6.  Aktiviti kokurikulum dianggap dijalankan seperrti biasa jika tiada sebarang
                          pengumuman penangguhan aktiviti pada hari sebelumnya.
                      7.  Aktiviti  Kokurikulum,  Sukan  dan  Permainan  TIDAK  boleh  ditangguhkan
                          tanpa  mendapat  persetujuan  GURU  BESAR  atau  Guru  Penolong  Kanan
                          Kokurikulum.
                      8.  Jika  aktiviti  kokurikulum,  sukan  dan  permainan  ditangguhkan,  giliran
                          berikut  adalah  mengikut  minggu  dan  BUKAN  DIBAWA  ke  minggu
                          berikutnya.

                     PENGLIBATAN MURID
                      1.  Aktiviti Kokurikulum melibatkan murid TAHAP 2 sahaja.
                      2.  Aktiviti 1Murid 1Sukan melibatkan murid TAHUN 3 hingga TAHUN 6.


                     BILANGAN PERJUMPAAN
                      1.  Bilangan  minimum  perjumpaan  bagi  aktiviti  kokurikulum,  sukan  dan
                          permainan adalah 12 kali perjumpaan.
                      2.  1 kali perjumpaan untuk Tahun 5 dan 6 seminggu ialah 120 minit. Untuk
                          Tahun 3 dan 4, 1 kali perjumpaan adalah 60 minit seminggu.
                          (SPI Bil 2/2007)

                     KOD PAKAIAN DAN ETIKA BERPAKAIAN
                      1.  Aktiviti Pasukan Badan Beruniform
                          Pakaian  Pasukan  Beruniform  atau  pakaian  Kelab  dan  Persatuan  bercop
                          Kelab/Persatuan pada setiap hari Rabu.
                          (SPI Bil. 8/2007) dan (Surat Siaran KPM Bil. 19/2013)

                      2.  Aktiviti Kelab dan Persatuan
                          Pakaian  Pasukan  Beruniform  atau  pakaian  Kelab  dan  Persatuan  bercop
                          Kelab/Persatuan pada setiap hari Rabu.
                          (SPI Bil. 8/2007) dan (Surat Siaran KPM Bil. 19/2013)

                      3.  Aktiviti Sukan dan Permainan, PdPc PJK dan Aktiviti Luar Sekolah
                          3.1 Baju Sukan Sekolah (Hijau Pink/ Biru Pink/ Putih Merah) atau Baju T-
                              Putih atau Baju Kokurikulum.



                  138
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144