Page 141 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 141

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                      2.  Sekiranya  pertandingan  atau  kejohanan  melibatkan  kos  penyertaan,
                          bayaran  hanya  untuk  kos  penyertaan  sahaja.  Tiada  elaun  makan  dan
                          minum diberi.

                      3.  Guru  boleh  menggunakan  kenderaan  sendiri  untuk  membawa  murid  ke
                          pertandingan  atau  kejohanan  atau  aktiviti  luar  dengan  syarat-syarat
                          mengikut SOP.
                          (SPI Bil. 3/2019)

                      4.   Guru  perlu memastikan  murid  mengisi  dan  menyerahkan  Borang  Akuan
                          Kebenaran  Waris  Menyertai  Aktiviti  Kokurikulum  dan  Borang  Perakuan
                          Kesihatan  Murid  Menyertai  Aktiviti  Kokurikulum  3  hari  sebelum  aktiviti
                          dijalankan.
                          (SPI Bil. 9/2000)

                      5.  Kedua-dua borang di perenggan 4 mestilah ditandatangani oleh GB atau
                          GPK.  Kedua-dua  borang  berkenaan  akan  disimpan  oleh  guru  pengiring
                          sehingga tamat aktiviti.

                      6.  Setelah  tamat  aktiviti,  borang  di  perenggan  4  hendaklah  dikepilkan
                          bersama  borang  penyertaan/  pendaftaran  RO1  atau  R02  yang  sudah
                          bertandatangan,  diserahkan  kepada  GPK  Kokurikulum  beserta  dengan
                          laporan aktiviti.


                      7.  Borang pertandingan/ pendaftaran aktiviti R01,R02 hendaklah disediakan
                          dalam 3 salinan :
                          7.1 1 salinan untuk guru pengiring
                          7.2 1 salinan untuk GPK Kokurikulum
                          7.3 1 salinan dikepilkan dalam laporan pertandingan

                      8.  Semua  urusan  tuntutan  perbelanjaan  pertandingan  /  kejohanan  mestilah
                          melalui GPK Kokurikulum dan seterusnya GB.

                      9.  Penyertaan  pertandingan  /  kejohanan  mestilah  mendapat  persetujuan
                          bersama GPK Kokurikulum dan GB sebelum keputusan dibuat.


                     PENGURUSAN MAJLIS SEKOLAH DAN AKTIVITI DALAMAN
                      1.  Semua  aktiviti  dan  program  adalah  di  bawah  tanggungjawab  GPK
                          Kokurikulum.
                      2.  Pengurusan  majlis  sekolah  mestilah  mengikut  SOP  yang  ditetapkan.
                          Rujuki SPI yang berkaitan.
                          (Surat Siaran KPM Bil. 13/2016, SPI Bilangan 9/1991,SPI Bil. 10/1989, SPI
                          Bil. 4/2014)



                  140
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146