Page 6 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 6
TINTA PENGETUA
SMK BANDARAYA KOTA KINABALU 2022/23
Syukur alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan lagi pada
tahun 2022. Selamat kembali bertugas kepada semua guru dan
semua kakitangan bukan mengajar. Semoga tahun ini kita terus
bersemangat meneruskan amanah di SMK Bandaraya Kota
Kinabalu walaupun cabaran tahun 2021/22 masih bersama kita.
Kita berdoa agar ianya menjadikan kita lebih kuat dalam
mendidik anak anak murid kita agar menjadi insan yang
seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada seluruh warga SMK Bandaraya Kota Kinabalu kerana
sepanjang tahun 2021/22, kita berjaya bergerak secara satu pasukan dan sepunyaan. Saya
berharap agar tahun 2022/23, kita dapat terus berusaha melonjakkan kecemerlangan sekolah
dalam pengurusan Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan pentadbiran. Setiap yang kita
lakukan adalah satu ibadah bagi melahirkan murid murid yang berakhlak, berilmu dan
berwawasan.
Motto ”Sepakat Cemerlang” merupakan satu pegangan dan halatuju bagi SMK Bandaraya Kota
Kinabalu. Warga sekolah harus berani mentranformasikan paradigma dalam diri, agar terus
cemerlang. Dalam menjana pembelajaran abad ke-21, guru-guru memerlukan tiga kemahiran
utama:
1. Kemahiran maklumat dan komunikasi.
2. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
3. Kemahiran interpersonal dan arah kendiri.
Bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 warga
sekolah perlu berterusan dan sentiasa membangun dan meningkatan profesionalisme diri.
Semoga dalam diri kita sentiasa ada rasa “sekolah ini rumahku, rakan sekerjaku adik
beradikku dan murid muridku anak anakku”. Semoga kita ikhlas memikul tanggungjawab
yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. Terus berusaha mendidik anak bangsa agar bertaqwa dan
menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat. Moga Rahmat Allah S.W.T sentiasa
bersama kita. Amin Ya Rabbal Alamin.
KeranaMu,
Biar Setitik, Berkocak
Biar Setapak, Bergerak
Saya yang menjalankan amanah,
ROHANI RAMLEE
PENGETUA
SMK BANDARAYA KOTA KINABALU.
5

