Page 9 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 9

SEJARAH

                               SMK BANDARAYA KOTA KINABALU


                              SEKOLAH  MENENGAH  KEBANGSAAN  BANDARAYA  KOTA  KINABALU
               (SMKBKK) atau dulunya dikenali sebagai SMK.Menggatal telah di tubuhkan pada tahun 1967.
               Ketika pertama kali dibuka pada tahun 1967, hanya terdapat dua buah kelas tingkatan 1 dalam
               aliran Bahasa Inggeris dengan 51 orang  pelajar dan  2  orang  guru.  Pada mulanya, sekolah  ini
               menumpang  di  bangunan  SRJK  Good  Sheppard,  Menggatal  pada  sesi  persekolahan  petang.
               Tahun 1969, kelas peralihan telah dibuka bagi pelajar- pelajar yang datang dari sekolah bukan
               beraliran Bahasa Innggeris.
                              Tahun 1977, bilangan pelajar meningkat lagi kepada 468 orang dengan 12 buah
               kelas. Pada 24 Januari  1977, bangunan sekolah tetap bagi SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah
               siap dibina dengan menelan belanja RM5.4 juta. Sekolah ini telah dibina di atas tapak seluas 30
               ekar yang terletak di Batu 10, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. SMKBKK berpindah sepenuhnya di
               bangunan baru pada tahun tersebut.
                              Mengimbas kembali sejarah perkembangan sekolah ini di bidang akademik. Buat
               pertama kali, pelajar SMKBKK menduduki peperiksaan LCE pada tahun 1970 bagi melayakkan
               mereka memasuki tingkatan empat. Tahun 1977,seramai lebih kurang 90 oran g pelajar telah
               terpilih  untuk  mengikuti  kursus  matrikulasi  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  di  sekolah  ini
               dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.
                              Walau  bagaimanapun,  1985  kelas  matrikulasi  UKM  ini  telah  dipindahkan  ke
               Sekolah  Berasrama  Penuh  Sabah  (SBPS)  di  Bukit  Padang,  Kota  Kinabalu  Ini  adalah  kerana
               kedudukan  sekolah  ini  lebih  dekat  dengan  kampus  UKM  Cawangan  Sabah.  Sekolah  ini  juga
               pernah menempatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Ugama (SMA Limau-limauan atau
               kini dikenali sebagai SMA Tun Mustapha) sebelum berpindah ke bangunan tetap di Papar. Kelas
               tingkatan  enam  juga  telah  dibuka  pada  tahun  1977  dan  telah  menempatkan  pelajar-pelajar
               lepasan SPM dari seluruh Sabah.
                              Sehingga kini, bangunan SMKBKK terdiri daripada tujuh bangunan bilik darjah
               (blok  A,  B,  C,  D,  E,  F,  G),  satu  blok    seni    perusahaan,    sebuah    kantin,    sebuah    bangunan
               koperasi,  sebuah  bangunan menempatkan bilik disiplin, penyelia asrama dan Unit Bimbingan &
               Kaunseling, 2 blok asrama putera serta 2 blok asrama puteri yang boleh menempatkan seramai
               400  orang  pelajar.  Selain  daripada  itu,  sebuah  Dewan  Serbaguna,  sebuah  surau,  sebuah
               bangunan makmal komputer yang lengkap dengan kemudahan ICT yang telah dibina dan siap
               sepenuhnya  pada  tahun  2002.  Tempat  tinggal  untuk  kakitangan  mengajar  dan  kakitangan
               bukan  mengajar  juga  disediakan  iaitu  2  blok  Flat  dan 4 buah rumah Division 1. Kemudahan
               untuk  bersukan  seperti  padang  bola  sepak,  gelanggang  bola  keranjang,  bola  tampar,  sepak
               takraw, bola jaring dan permainan lain terdapat di SMKBKK.
                              Pada  masa  ini,  bilangan  pelajar  SMKBKK  telah  mencapai  angka  2,145  orang
               meliputi 1,319 orang pelajar menengah rendah dan 826 orang pelajar menengah atas (2004  -
               aliran  Sastera  &  141  –  aliran  Sains)  dengan  65  buah  kelas.  Manakala  bilangan  kakitangan
               akademiknya seramai 137orang (42 orang guru lelaki dan 95 orang guru perempuan) dan 16
               orang Kakitangan Bukan Mengajar.
                              Sehingga  kini,  SMKBKK  telah  melahirkan  ramai  graduan  yang  bekerja  dalam
               pelbagai  sektor.  Kegemilangan  sekolah  ini  tidak  berakhir  begitu  sahaja  kerana  pelbagai
               pencapaian telah diperolehi. Hasilnya dapat dilihat melalui pembangunan dari segi fizikal dan
               prasarana yang ada pada hari ini.






                                                            8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14