Page 86 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 86
PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN
1. Mencatat minit mesyuarat sukan.
2. Menaip sijil-sijil penyertaan.
3. Mengurus pinjaman peralatan barang di bilik sukan.
4. Membantu mengurus dan menceriakan bilik sukan.
5. Membantu Setiausaha Sukan membuat pembahagian rumah sukan.
6. Membantu Setiausaha Sukan mengurus majlis penyampaian hadiah selepas satu-satu
kejohanan.
7. Menyampaikan satu-satu dapatan daripada S/U Sukan kepada guru.
8. Menguruskan stok bilik sukan.
9. Membuka dan menutup pintu bilik sukan.
10. Menyerah dan mengumpul kembali segala borang-borang penyertaan yang diberikan
oleh pengurus pasukan.
11. Memastikan papan kenyataan sukan di kemas kini dua bulan sekali.
PENGURUS PASUKAN
1. Membentuk jawatankuasa
2. Merancang peningkatan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan.
3. Berusaha mendapat khidmat nasihat daripada pakar sesuatu permainan.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Mengenal pasti murid sekolah yang berkebolehan untuk diserap sebagai pemain
sekolah.
6. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.
7. Menganjurkan perlwanan antara rumah sukan.
8. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
9. Merancang aktiviti tahunan dengan rumah sukan.
10. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah meningkatkan prestasi
pasukan.
11. Merekod nama pemain atau murid yang cemerlang dalam pasukan.
12. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh PPD atau JPN.
13. Mematuhi tugas-tugas lain seperti arahan pengetua.
14. Membuat perancangan latihan pasukan sekolah.
15. Menyediakan kemudahan sepanjang latihan permainan.
16. Menyediakan senarai nama pemain mengikut latihan.
17. Mencatat perkara penting kepada murid sewaktu perjumpaan pertama iaitu;
a) Tarikh latihan
b) Masa
c) Tempat
d) Pakaian
18. Memaklumkan kepada S/U Sukan tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya dapat
dimaklumkan kepada pentadbiran sekolah.
19. Mengeluarkan surat pelepasan.
20. Menghadiri mesyuarat permainan MSSD dan mengeluarkan minit curai.
21. Mengedarkan dan menyimpan surat kebenaran ibu bapa yang terlibat dalam sesuatu
pertandingan.
22. Menyediakan kelengkapan pasukan untuk menyertai pertandingan seperti;
a) Jersi
b) Ubatan
c) Minuman
d) Makanan
23. Membuat tuntutan/tempahan tambang/ makan/insentif pemain.
24. Menyediakan pengangkutan pemain.
25. Memungut kembali jersey dan disimpan dalam bilik sukan dan memastikan jersey
dalam keadaan bersih.
26. Memulangkan alatan dalam keadaan yang elok.
65

